Kisah Tok Bidan Susu Lanjut Bukan Mitos?

Bagi anda yang tinggal di sekitar kawasan kamunting, Perak pasti pernah mendengar kisah keramat Tok Bidan Susu Lanjut.

Kisah ini bolehlah dianggap paling lama diceritakan, dari mulut-kemulut dan secara turun temurun.

Bagi penduduk tempatan khususnya orang-orang kamunting sudah lali dengah kisah pengelaman disakat atau diganggu ketika melalui kawasan kubur keramat Tok Bidan ini.

Namun, apakah kisah sebenar keramat Tok Bidan dan adakah kisah ini hanya mitos semata-mata?

RINGKASAN SEJARAH TOK BIDAN SUSU LANJUT

Tok Bidan Susu Lanjut atau nama sebenarnya ialah Tok Esah hidup sekitar 1790an hingga 1870an. Bapanya bernama Tok Debasa manakala nama ibunya tidak dapat diketahui.

Menurut cerita yang disampaikan oleh dua orang cicit Tok Bidan Susu Lanjut (keturunan Pattani) (1) Haji Ali Safar bin Jaafar yang hidup dari tahun 1863 hingga 1968 dan (2) Haji Idris bin Haji Mohd Ali yang hidup dari tahun 1893 hingga 1985 kepada anak-anak mereka yang terdiri dari En Yaakob bin Ali Safar dan En Abu Bakar bin Hj Idris serta cucu saudara mereka yang bernama En Mohd Daud bin Hanapi (Kampung Changkat Perah), maka amat menarik sekali untuk diperjelaskan sedikit sejarah mengenai Tok Bidan Susu Lanjut.

Tok Esah mempunyai tiga orang abang yang bernama Tok Jusoh, Tok Tahir dan Tok Pakeh. Mereka ini bergelar Datuk Panglima Gagah, Datuk Panglima Garang dan Keramat Tok Pakeh sementara adiknya pula bernama Mat Hassan.

Sejarah awal menyatakan bahawa keluarga ini melarikan diri dari negeri Pattani disebabkan berlakunya ancaman keselamatan oleh Kerajaan Siam.

Terdapat juga kepercayaan bahawa Tok Debasa berasal dari Indonesia. Beliau telah pergi ke Pattani dan berkahwin dengan seorang Kerabat Raja Pattani. Pasangan ini telah berhijrah dan pernah menetap di Sedim, Kedah.

Pasangan ini telah berhijrah dan pernah menetap di Sedim, Kedah. Hujah ini diperkuatkan dengan adanya sebuah bukit di sana yang dikenali sebagai “Bukit Tok Debasa”. Di bukit itu juga jasadnya disemadikan.

Manakala empat orang anaknya kecuali Tok Pakeh (tidak ikut berhijrah) meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir di Bukit Gantang, Perak meneroka dan terus menetap di situ.

Tok Esah telah berkahwin dengan seorang bomoh yang dikenali sebagai Tok Kermat Serban Kuning. Pasangan ini dikurniakan seramai tujuh orang anak yang terdiri daripada Tijah, Hawa, Munah (bergelar Tok Pattani), Jusoh, Ibrahim, Jabar dan Bakar. Cucu mereka yang bernama Abdullah (anak bongsu Ibrahim) kini telah berusia 90 tahun dan menetap di Kampung Padang Temu, Baling, Kedah.

KEHEBATAN TOK BIDAN SUSU LANJUT

Kebolehan ilmu perbidanan Tok Esah bermula semenjak di Bukit Gantang lagi dan khidmatnya diteruskan di Kampung Batu Bertindan serta kampung-kampung sekitarnya.

Antara kebolehan luarbiasanya ialah ketika beliau membidani seorang perempuan yang hendak melahirkan anak. Secara tiba-tiba keajaiban telah berlaku apabila bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan tersebut berupa beberapa biji telur yang besar dan bukannya berbentuk manusia.

Oleh itu, Tok Esah telah mengulit-ulit sambil bermentera maka dengan kehendak Allah S.W.T maka terhasillah rupa bentuk beberapa orang bayi dari telur-telur tersebut.

Kelebihannya yang lain termasuklah sebagai bomoh yang luar biasa dan menakjubkan.

Tok Esah dipercayai meninggal dunia di Kamunting ketika dalam perjalanan pulang dari menziarahi keluarganya di Bukit Gantang.

Disebabkan beberapa faktor penghalang untuk membawa pulang jenazahnya ke Kampung Batu Bertindan maka jasadnya telah dikebumikan di tanah perkuburan Kamunting Lama.

Hujah ini disokong kuat oleh keturunan Datuk Panglima Gagah dan Datuk Panglima Garang yang tinggal di Bukit Gantang. Namun kesahihan mengenai kebenaran kubur Keramat Tok Bidan tidak dapat dipastikan kerana ada pihak lain yang mendakwa bahawa jasadnya disemadikan di Baling, Kedah tetapi tiada fakta sahih diketemui.

Maka hanya Allah S.W.T sahaja yang lebih mengetahuinya. Sejak dari itu, kubur Keramat Tok Bidan di Kamunting Lama telah menjadi tumpuan masyarakat termasuk kaum Cina dan India untuk memohon hajat dan membayar nazar sehinggalah binaan yang terdapat di atas kubur tersebut dirobohkan oleh Jabatan Agama Islam Perak pada tahun 1982 kerana dianggap khurafat. Wallahua’lam bissawab.

BENARKAH KUBUR KERAMAT TOK BIDAN ADA DI KAMUNTING?

Melalui apa yang diceritakan oleh keturunan Tok Esah, tidak dinafikan kubur Tok Esah memang berada di Kamunting.

Malah hujah ini disokong melalui penemuan sebuah buku bertajuk ‘Malay Magic’ yang di tulis oleh Walter Wiliam Skeat bertarikh 1900.

Dalam buku tersebut di bawah sub topik ‘keramat’ ada diceritakan perihal kubur Keramat Tok Bidan ni. Dan cerita tu pula disampaikan oleh Sir W. Maxwell orang yang sangat arif perihal Taiping.

Dalam kisah tu Sir W Maxwell berkata, sekitar tahun 1893 seorang pekerja membuat jalan telah menjumpai sebuah kubur lama. Dan hasil siasatan dari orang kampung sekitar, itu adalah kubur Tok Esah.

KISAH MISTERI?

Adalah tidak dapat dipastikan sejauh mana dakwaan sesetengah orang yang mengatakan jika melalui kawasan kubur keramat Tok Bidan pada tengah malam akan diganggu kelibat Tok Bidan mengusik.

Namun apa yang pasti kisah Tok Bidan Esah sememangnya wujud dan bukanlah mitos sama sekali. Beliau memang wujud dan merupakan seorang bidan yang handal ketika zaman kegemilangannya.

Jangan lupa like dan shere serta ikuti kami di Facebook.

Sumber: facebook

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*