Metallica In Moscow 1991: Himpunan Peminat Heavy Metal Terbesar Dalam Sejarah

Metallica merupakan kumpulan muzik heavy metal yang tidak asing lagi bagi penduduk dunia. Band berasal dari Amerika ini dibentuk pada tahun 1981 di Los Angeles, California dan masih kekal hingga sekarang.

Diasaskan apabila Lars Ulrich, pemain drum menghantar iklan di sebuah surat khabar tempatan Los Angeles, ahli-ahli Metallica terdiri daripada Ulrich selaku pemain drum, James Hetfield selaku penyanyi dan pemain gitar irama, Kirk Hammett selaku gitar lead manakala pemain bes yang banyak mengalami pertukaran. Sekarang kedudukan itu dipegang oleh Robert Trujillo.

Bagi peminat  Metallica mungkin sudah tidak asing lagi dengan satu konser The Monsters of Rock festival di Moscow pada 28 September 1991.

Konsert  ini telah berlansung di nortwest Moscow atau lebih tepat  di lapangan terbang  Tentera Tushino.

Ada yang menyebut  konsert ini adalah antara himpunan peminat muzik yang terbesar dalam sejarah peradaban dunia semenjak muzik rock diperkenalkan.

Menurut saksi ada yang mengatakan konsert ini telah dihadiri kira-kira 500,000 ribu hingga 1 juta orang. Namun tiada angka rasmi dikeluarkan dari pihak Rusia mahupun penganjur.

Akibat bilangan penonton yang begitu ramai, pihak polis dan tentera Red Army Soviet terpaksa dikerah bagi mengawal keadaan. Ironinya konsert ini berlansung empat bulan sebelum pembubaran Kesatuan Soviet pada 26 Disember 1991.

main_1200

Selain Metallica antara yang terlibat dalam konsert ini adalah AC/DC, The Black Crowes, E.S.T. and Pantera.

Akhbar The New York Times ketika itu melaporkan dengan tajuk “Kumpulan Heavy Metal Mengoncang Moscow”

“Konsert satu hari, yang dipanggil “Monsters of Rock” dan ditaja oleh Time Warner Inc., konglomerat hiburan dan penerbitan, membawa kepada Moscow beberapa band heavy-metal yang paling popular di Barat, seperti AC / DC dan Metallica”

Menurut Time Warner selaku penganjur menggambarkan konsert itu sebagai “perayaan demokrasi dan kebebasan” di Kesatuan Soviet, berikutan rampasan kuasa di Soviet yang gagal pada bulan sebelumnya.

Menurut laporan The New York Times lagi, lebih daripada 1,000 orang anggota tentera berada di sekitar pentas, dan lebih banyak tersembunyi di dalam trak yang diletakkan jauh dari orang ramai.

Helikopter juga turut kelihatan berlegar di kawasan kosert bagi memantau kesalamatan para penonton. Beberapa penagkapan juga dilaporkan dikalangan penonton yang mabuk dan membuat kacau.

Konsert ini akan tetap diingati oleh para peminat Metallica sebagai kemuncak kejayaan band heavy metal di seluruh dunia. Dikhabarkan Metallica akan membuat kemunculan semula di Moscow pada 2019.

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*