Tragedi Runtuhan Lombong Lama Di Pantai Remis 1993

Pantai Remis merupakan sebuah pekan yang mempunyai pantai di daerah Manjung dalam negeri Perak. Pantai remis mendapat nama daripada remis yang banyak terdapat di persisiran pantai tersebut.

Namun, tahukah anda terdapat satu peristiwa yang menggemparkan pernah berlaku di Pantai Remis sekitar rahun 1993 tetapi tidak diketahui ramai.

Video kejadian sempat dirakam

Pada 21 Oktober 1993 yang lalu, lombong lama yang ditinggalkan di Pantai Remis telah runtuh. Lombong yang ditinggalkan ini adalah bekas lombong bijih timah pada satu ketika dulu.

Umum mengetahui Malaysia sangat dikenali dengan industri perlombongan timah ketika zaman penjajah dahulu.

Turut disertakan video yang merakamkan runtuhan dinding lombong timah yang terbiar itu. Kejadian berlaku berhampiran dengan laut dan kesannya kini boleh dilihat dengan pembentukan satu teluk kecil berukuran kira-kira 500 m² luasnya.

Menerusi video amatur yang berdurasi 3.00 minit yang telah dimuat naik pada september 2011 memaparkan detik mencemaskan saat air mula melimpah sejurus mencetukan tanah runtuh yang berskala besar.

Dalam satu ‘caption’ yang memetik ketika kejadian oleh individu yang memuat naik video tersebut:

“Tahun itu, saya menerima satu panggilan dari pemilik lombong timah. Beliau mengatakan bahawa lombong beliau, yang mana telah diusahakan selama beberapa dekad, akan runtuh. Saya bergegas ke tempat kejadian bersama kamera video saya dan menunggu selama beberapa jam. Akhirnya, saya mengambil filem yang berharga ini. Meskipun filem ini hanya berlangsung selama beberapa minit, ia cukup mengujakan. Saya harap video ini boleh membuatkan anda semua menghargai akibat daripada memusnahkan alam sekitar kita”, menurut perakam video tersebut.

Tiada kematian, kecederaan dan kemalangan dilaporkan kerana ketika kejadian orang ramai terutama penduduk kampong telah diberi amaran supaya berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kini lanskap di kawasan berkenaan telah berubah sama sekali. Dikatakan kawasan tersebut menjadi tumpuan kaki pancing untuk memancing ikan.

Walau bagaimanapun tragedi ini terus dikenang sebagai peristiwa yang mengerikan dan menjadi iktibar supaya kita lebih menghargai alam sekitar dan sentisa berwaspada dengan kuasa alam.

Jangan lupa like dan shere serta ikuti kami di Facebook.

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*