Harimau Malaya mampu bawa pulang Piala AFF kerana…

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini tular di media sosial bahawa kononnya jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dapat menyaksikan latihan skuad Harimau Malaya yang mungkin menjadi salah satu punca kekalahan Malaysia pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018, yang bakal berlangsung di Hanoi malam Sabtu.

Namun dakwaan itu disangkal wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang sedang membuat laporan di Hanoi.

Menurut Zulhelmi, lokasi penginapan Hang-seo berada sebenarnhya di lokasi yang berbeza dan bukan di lokasi pusat latihan mana-mana pasukan negara termasuk Harimau Malaya.

Bercakap kepada Astro AWANI, Zulhelmi berrkata, padang latihan skuad negara terletak di My Dinh, bersebelahan dengan Stadium Nasional My Dinh.

Sebelum ini pengguna media sosial, @FarisSyahmiAR berkongsi sebuah laporan yang kononnya Hang-seo dapat menyaksikan latihan pasukan lawan dari rumahnya.

Embedded video

‎‎فارس@FarisSyahmiAR

Ni rumah Park Hang Seo dekat Vietnam. Bilik dia boleh nampak padang tempat training team lawan. Habaq kat Tan Cheng Hoe pi training tempat lain. Patut la haritu dekat Mydin Vietnam senang je kitai. @harimaumalaya7 @HarimauMY @mysemuanyabola @RimauXI

5,138 people are talking about this

Ternyata apa yang dikongsi tersebut adalah tidak benar sama sekali dan latihan skuad negara tidak diperhatikan atau diintip oleh mana-mana pihak, terutama sekali pasukan tuan rumah.

Malaysia akan menentang Vietnam dalam final kedua di Hanoi pada Sabtu, 8:30 malam.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*