Ini Kisah Bagaimana Lollipop Tercipta

Pasti ada di antara anda yang menggemari lollipop. Walaupun gula-gula ini sinonim dengan kanak-kanak namun orang dewasa juga tidak terkecuali dari menyukai lolipop.

Namun pernahkah anda terfikir siapakah yang mencipta lollipop? Dipercayai lollipop sudah ada sejak zaman purba. Dan ini sejarah ringkas tentang lollipop.

Konsep makan lollipop sudah ada sejak zaman purba

Sejarah mengenai siapa pencipta lollipop masih tidak diketahui. Namun dipercayai orang zaman purba sudah mula menggunakan konsep lolipop untuk menikmati madu dengan cara menyaluti madu dengan tangkal agar mudah untuk dimakan.

Kebudayaan Arab, Cina dan Mesir kuno juga mengunakan teknik yang sama dengan mencampurkan buah-buhan dengan kacang dan madu kemudian ditusuk dengan tangkal agar mudah untuk dimakan.

Lollipop pernah dikaitkan dengan budaya songsang?

Pada tahun 1908 George Smith dari New Haven , Connecticut , mula membuat gula-gula besar pada batang kayu , beliau dikatakan sebagai pencipta lolipop moden. Istilah lolipop mula di perkenalkan olehnya pada tahun 1938 sempena nama kereta kudanya “loly pop”.

Namun bermula pada tahun 1940an lollipop pernah di diskriminasi sebagai simbol keghairahan pada wanita, kontroversi terhadap lollipop berterusan pada 1980an di Amerika apabila istilah “lollipop Stop” adalah jolokan untuk golongan gay melakukan aktiviti tidak bermoral di dalam tandas. Hingga kini golongan wanita yang makan lollipop dianggap “sexy”.

Walau apa pun tujuannya, lollipop masih digemari oleh penggemarnya. Lollipop moden boleh didapati dalam beberapa warna dan perisa, dan yang paling digemari adalah perisa buah-buahan. Kini pelbagai syarikat menghasilkan gula-gula ini dengan berpuluh-puluh perisa dan pelbagai bentuk.

Jangan lupa like dan shere serta ikuti kami di Facebook.

Sumber: Vitdaily.com

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*