Awasi ketagihan permainan video, boleh mendorong keganasan

Awasi ketagihan permainan video, boleh mendorong keganasan

Permainan video dan e-sukan boleh dilihat sebagai satu aktiviti yang mampu mengisi masa lapang. Ia juga amat sesuai untuk setiap lapisan umur.

Namun begitu, ketagihan terhadap aktiviti ini, baik dalam kalangan kanak-kanak mahu pun golongan dewasa, merupakan satu isu yang sangat kritikal.

Perunding Kesihatan Mental Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Aiman Amri, berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memandang serius isu yang dinamakan ‘gaming disorder‘ ini, yang dilihat dalam kategori ketagihan yang lain.

Menurut Aiman, kehidupan sosial mereka yang taksub bermain permainan video ini amat merisaukan kerana mereka kurang bergaul dengan dunia luar.

“Jika kita melihat dari segi orang yang bermain permainan video, antara yang merisaukan kita ialah, apabila melihat bagaimana kehidupan mereka (pemain) di luar.

“Ada kajian yang menunjukkan, antara ciri-ciri pemain video ini ialah kecenderungan melakukan tingkah laku ganas, kekurangan empati, desensitisasi dengan tindakan ganas dan kurang perasaan untuk membantu orang lain,” katanya.

Selain itu, katanya, terdapat kajian yang menunjukkan sesiapa yang bermain permaianan Grand Theft Auto (GTA) dakwanya, mempunyai kecenderungan untuk memiliki sifat keganasan.

“Mereka akan melihat sesuatu keganasan sebagai perkara biasa kerana dari permainan tersebut ia mengajar pemain untuk menentang komuniti,” kata Aiman.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*