38 individu diminta tampil bantu siasatan kes rusuhan kuil

38 individu diminta tampil bantu siasatan kes rusuhan kuil

KUALA LUMPUR: Polis sedang giat memburu 38 lagi individu bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kesemua individu berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu terbabit diminta menghubungi pihak polis.

Mereka boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, DSP GK Shan Gopal (019-2714387); ASP Siasatan Perundangan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ASP S Neeraj Durai (016-3565622); atau Inspektor (D13) Siasatan Databank DNA JSJ IPK Selangor, Insp Norsiah Hussin (012-7989973) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, parah akibat dipukul bebarapa individu ketika menjalankan tugas ketika rusuhan di kuil berkenaan.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam Isnin.

Kes diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

 

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*