
BERIKUT adalah kronologi kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim:
26 November 2018
– 18 kenderaan terbakar dan 700 anggota keselamatan digerakkan bagi mengawal keadaan.
– Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun umum polis tahan 17 lelaki dan adakan kawalan 24 jam, orang ramai yang berkumpul di sekitar kuil diarah bersurai.
27 November 2018
– anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, diserang dan pukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar.
– Muhammad Adib dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, pada keesokan malamnya.
– Ketua Polis Selangor beri jaminan keadaan terkawal.
– Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy minta semua masyarakat India bertenang.
– Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tegaskan insiden berunsur jenayah bukan perkauman atau agama.
28 November 2018
– Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman dakwa Muhammad Adib parah akibat kemalangan jalan raya.
– Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tubuh jawatankuasa khas siasat kejadian.
29 November 2018
– Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tegaskan dakwaan pihak kuil tidak benar.
4 Disember 2018
-Selepas seminggu dirawat, Muhammad Adib beri tindak balas kepada orang sekeliling, tetapi masih tidak dapat bertutur.
5 Disember 2018
– Muhammad Adib mendapat sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru.
– Jantung Muhammad Adib juga mampu berfungsi dengan sendiri tanpa sokongan mesin bantuan.
7 Disember 2018
– Muhammad Adib tunjuk perkembangan positif walaupun masih kritikal dan stabil selain tidak bergantung kepada mesin sokongan jantung.
8 Disember 2018
– Muhammad Adib masih bergantung beberapa mesin sokongan untuk memastikan organ dalamannya dapat dipulihkan pada tahap optima.
10 Disember 2018
– Muhammad Adib memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.
15 Disember 2018
– Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira jam 9 malam selepas penilaian mendapati paru-parunya mula mengeras.
16 Disember 2018
– kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dan kritikal. Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan selepas penilaian menyeluruh, paru-parunya menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.
17 Disember 2018
– Muhammad Adib disahkan meninggal dunia jam 9.41 malam.
Sumber : Berita harian
Ikuti kami di :
Leave a Reply