Kalau dah jodoh…

Kalau dah jodoh…Nur Khamid, 26, berkahwin dengan warga Britain Polly Alexandrea Robinson, 21.

PENGGUNA media sosial di Indonesia heboh dengan perkahwinan pemandu pelancong warga tempatan dengan wanita Britain selepas gambar dan video pasangan berkenaan tular di media sosial, baru-baru ini.

Kompas.com melaporkan, Nur Khamid, 26, berkahwin dengan Polly Alexandrea Robinson, 21, dalam satu majlis sederhana di kampung lelaki itu di Dusun Gaten, Desa Ketunggeng, Magelang, Jawa Tengah pada Ahad lalu.

Nur Khamid yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Bali bertemu dengan Polly kira-kira dua tahun lalu sebelum wanita itu memeluk agama Islam dan berkahwin dengan kekasihnya itu.

Ibu Nur Khamid, Juwariyah berkata, pernikahan anak keduanya itu hanya dihadiri penghulu, jiran tetangga dan keluarga terdekat.

“Maharnya hanya peralatan solat, cincin dan beberapa kelengkapan lain. Wangnya masih belum diberi,” katanya sambil ketawa.

Sumber : Metro

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*