Ini Kisah Pasangan Kembar Umur 6 Tahun Berkahwin Di Thailand

Ini Kisah Pasangan Kembar Umur 6 Tahun Berkahwin Di Thailand

Sepasang kembar, Guitar dan pasangannya Kiwi telah dikahwinkan bersama oleh ibu bapa mereka kerana percaya anak kembar mereka itu merupakan pasangan bercinta dalam ‘kehidupan terdaulu’

Guitar dan pasangan kembarnya, Kiwi, kedua-duanya berusia enam tahun diraikan dalam majlis perkahwinan secara mewah di Thailand.

Laporan mendakwa majlis tersebut menelan belanja ribuan pound.

Menurut beberapa laporan, Guitar membayar mas kahwin sebanyak £4,832 (RM25,657) dan emas bernilai £1000 (RM5,309).

Memetik portal berita antarabangsa Daily Mail, sejak kelahiran pasangan kembar itu pada September 2012, ibu bapa mereka, Amornsan Sunthorn Malirat, 31, and Phacharaporn, 30, dilaporkan mengetahui anak-anak mereka akan berkahwin bersama.

Dipercayai, jika pasangan kembar itu tidak berkahwin dengan segera, mereka mungkin menimpa nasib malang pada masa akan datang.

Rakaman video menunjukkan orang ramai menari dan bermain alat muzik di jalan, berpakaian cantik berwarna-warni.

Bercakap kepada Daily Mail, Amornson berkata: “Jika mereka berkahwin, mereka akan hidup dengan kekayaan dan kejayaan, serta tidak akan sakit.”

Ibu pasangan kembar itu pula berkata: “Kedua-dua mereka cukup manis semasa perkahwinan mereka. Mereka akan menjadi sahabat baik sepanjang hidup.”

Majlis itu bagaimanapun tidak sah, dan Phacharaporn mengesahkan bahawa kedua-dua mereka boleh mencari pasangan lain apabila mereka besar kelak.

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Video (II) : PERHIMPUNAN SENDO GAYONG SEDUNIA 2018 (22-23 Disember 2018)

Sumber: mstar

 

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*