Ini Reaksi Doktor Pakar Apabila Melihat Gambar #tingkatChallenge

Ini Reaksi Doktor Pakar Apabila Melihat Gambar #tingkatChallenge

Baru-baru ini telah tular gambar sekumpulan pemuda dalam satu suafoto yang menunjukkan posisi mereka duduk secara bertingkat.

Dan trend ini telah menjadi ikutan oleh netizen di Malaysia dan menjadi semakin popular termasuk dikalangan kanak-kanak. Namun tahukah anda bahaya yang menanti jika berlaku kemalangan?

Ini reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar #tingkatChallenge

Ibu bapa sekalian, kanak kanak masih lagi di fasa tumbesaran, tulang dan otot mereka masih lagi berkembang, rabuh dan mudah cedera.

Bebanan di bahagian tulang belakang dan tengkuk menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat kecederaan tualng belakang dan kecederaan saraf tunjang.

Kecederaan ini juga sering berlaku apabila kanak kanak terjatuh dari tempat tinggi. Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup.

Berbaloikah mengejar gambar viral sehinga sanggup mempertaruhkan keselamatan anak anak?

Fakta mengenai kecederaan tulang belakang di kalangan kanak-kanak.

  1. Kemalangan dan JATUH merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak kanak.
  2. 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada REMAJA & KANAK KANAK.
  3. Insiden untuk menjadi kacacatan tulang bengkok (skoliosis) akan meningkat 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kanak kanak.
  4. Kanak kanak lebih berisiko untuk LUMPUH sekiranya alami kecederaan tulang belakang.
  5. KOMPLIKASI bagi kanak kanak dan remaja yang mengalami kecederaan tulang belakang adalah lebih tinggi.

Ibu bapa, sila ambil perhatian akan perkongsian ini, janganlah terlalu galak mengejar “like” dan “Viral” sehingga sanggup membiarkan anak anak membuat formasi merbahaya seperti ini.

Kecederaan tulang belakang bukan main main, ketika itu air mata darah sekalipun tidak akan menebus ribuan like yang anda terima. Katakan TIDAK untuk #TingkatChallenge

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Video (III) : PERHIMPUNAN SENDO GAYONG SEDUNIA 2018 (22-23 Disember 2018)

Sumber: PublicHealthMalaysia

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*