
KUALA LUMPUR 28 Dis. – Peguam Siti Kasim bakal mengambil tindakan terhadap individu yang telah menyebarkan gambar beliau memegang seekor anjing beserta dengan komen yang diubahsuai di media sosial.
Amaran kepada individu terbabit
Siti Kasim berkata, dia telah dimaklumkan oleh seseorang mengenai penyebaran gambar dengan komen yang telah diubah suai itu dan ditularkan. Aktivis masyarakat berkenaan memberi amaran kepada invididu terbabit dan semua yang berkongsi gambar tersebut di media sosial untuk menunggu tindakan selanjutnya daripada beliau.
“Saya dimaklumkan bahawa gambar saya ini telah diubah suai oleh individu berkenaan dan kemudiannya menyebarkannya melalui media sosial.
“Saya telah mengumpul semua maklumat, terima kasih kepada insan yang mulia itu. Saya memberi peringatan kepada budak lelaki ini terutamanya dan semua yang berkongsi foto ini secara amnya, untuk menunggu tindakan selanjutnya daripada saya,” tulis Siti Kasim.
Dalam hantaran asalnya, komen yang tertera adalah antara seorang pelayar yang bertanyakan ‘ini kucing kan’ dan Siti Kasim menjawab ‘Meeeoowww…’.
Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube
Video (IV) : PERHIMPUNAN SENDO GAYONG SEDUNIA 2018 (22-23 Disember 2018)
Sumber: Utusan
Ikuti kami di :
Leave a Reply