Harga baharu petrol, diesel ditentukan esok

Harga baharu petrol, diesel ditentukan esok

Kerajaan perlu mempertimbangkan permintaan pengusaha stesen minyak sebelum memutuskan harga baharu petrol dan diesel selepas Mesyuarat Kabinet esok, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia menurunkan harga minyak mengikut harga minyak dunia, namun pada masa perlu melihat permintaan pengusaha stesen minyak.

“Kita akan mengadakan Mesyuarat Kabinet esok bagi menentukan harga minyak.

“Kita suka harga minyak turun, tetapi penjual minyak perlu membuat keuntungan kerana jika mereka tidak untung, kita tidak akan ada stesen minyak.

“Jadi kita harus pertimbang antara pembeli dan penjual sebelum buat keputusan,” katanya ketika ditemui selepas Program Back To School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan harga runcit produk petroleum dikekalkan sebelum penetapan harga baharu akan dibuat sebelum akhir minggu pertama ini.

Berikutan itu, harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan pada RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Baca artikal penuh…….

 

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Video (V) : PERHIMPUNAN SENDO GAYONG SEDUNIA 2018 (22-23 Disember 2018)

Sumber: Berita harian

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*