Ini Sebab KFA Tetap Mahu Heret Kes Akhyar Rashid Ke FIFA Dan CAS

Ini Sebab KAFA Tetap Mahu Heret Ke

Drama perpindahan kontroversi Akhyar Rashid ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini memasuki episod baharu apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tetap berkeras mahu membawa kes itu ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, pihaknya sudah ada barisan peguam sendiri biarpun terdapat peguam sukan tempatan yang berkata peluang KFA untuk menang kes tersebut adalah tipis jika dibawa ke FIFA dan CAS.

KFA ada barisan peguam sendiri

“KFA ada barisan peguam sendiri untuk membawa kes ini ke FIFA atau CAS kerana kami ada asas kukuh untuk mengheretnya”- Mohd Asmirul Anuar Aris. Imej dari kosmo

“Saya ucapkan terima kasih kepada peguam di luar sana yang mengambil berat tentang kemelut yang melanda KFA berhubung isu Akhyar. KFA ada barisan peguam sendiri untuk membawa kes ini ke FIFA atau CAS kerana kami ada asas kukuh untuk mengheretnya dan kami tetap konsisten dengan keputusan itu,” katanya.

“Jika kosnya mahal, kami akan lancarkan tabung khas seperti Tabung Harapan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat untuk membantu meringankan beban kewangan kerajaan.

“Saya yakin itu tidak menjadi masalah, seorang seringgit pun jadilah. Syarikat pun banyak yang nak bantu sebab kerana kita mahu mendedahkan wujudnya kelompong dalam sistem bola sepak kita supaya diketahui umum dan akhirnya dapat diperbaiki.

Perkara paling utama ialah soal integriti dan telus

“Soal kalah atau menang perkara kedua. Perkara paling utama ialah soal integriti dan telus dalam menguruskan hal-hal berkaitan bola sepak. Perlu diingat, bola sepak bukan milik mana-mana individu, tetapi ia adalah milik rakyat dan harus dikembalikan kepada rakyat,” jelasnya.

Beberapa hari lalu, pemain sayap skuad kebangsaan itu diumumkan sebagai pemain baharu yang bakal memperkuatkan pasukan juara Liga Super 5 kali, JDT bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Akhyar yang mewakili skuad Kedah musim ini merupakan satu-satunya pemain tempatan yang diumumkan menyertai JDT setakat ini selepas mereka mengesahkan kemasukan dua pemain import baharu iaitu Aaron Niguez dan Mauricio Dos Santos Nascimento.

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Video (V) : PERHIMPUNAN SENDO GAYONG SEDUNIA 2018 (22-23 Disember 2018)

Sumber: SemuanyaBola

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*