Ribuan tan sampah plastik Amerika Syarikat dilonggok di Malaysia

Ribuan tan sampah plastik Amerika Syarikat dilonggok di Malaysia

Penyelidikan terkini Greenpeace Malaysia mendedahkan, negara ini telah menjadi tapak lambakan baru untuk kitar semula plastik dari lebih 19 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Jurucakapnya, Heng Kiah Chun berkata, laporan Greenpeace Malaysia jelas menunjukkan pelanggaran peraturan secara terang-terangan dalam pelupusan sisa ini, termasuk pembuangan sampah dan pembakaran secara terbuka.

Sehingga kini, kemasukan sisa plastik dari luar negara katanya, tidak dikawal dan tidak diproses dengan cara yang mampan dan selamat.

“Malaysia telah menjadi tong sampah dunia.

“Kerajaan harus mewujudkan pasukan petugas penguatkuasaan khas ke atas sisa plastik yang diimport, dengan mandat untuk menguatkuasakan pelaksanaan tindakan kualiti alam sekitar dan semua undang-undang lain yang berkaitan dengan isu berkenaan,” katanya

Heng berkata demikian dalam satu sidang media yang turut dihadiri oleh wakil penduduk Jenjarom Kuala Langat, Pua Lay Peng dan bekas ketua kampung Jenjarom Tan Ching Hin.

Media melaporkan bahawa sejak tahun lalu, jumlah kilang kitar semula plastik di Kuala Langat semakin meningkat.

Dianggarkan untuk tahun ini sahaja terdapat hampir 40 buah kilang kitar semula plastik di tanah Kuala Langat.

Menurut Pua, dengan tahap penguatkuasaan yang lemah, kilang yang beroperasi dipercayai milik peniaga dari China yang semakin bermaharajalela.

Walaupun tindakan keras Kerajaan menutup 114 kilang haram memproses sisa plastik sekitar Julai tahun ini, siasatan Greenpeace mendedahkan kilang berkenaan masih mempunyai sejumlah besar sisa plastik yang diimport yang dibuang di bangunan terbengkalai atau dibiarkan membusuk di tempat terbuka.

 

 

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Video (V) : PERHIMPUNAN SENDO GAYONG SEDUNIA 2018 (22-23 Disember 2018)

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*