Ini Yang Perlu Anda Buat Jika Nampak Orang Merokok Dalam Restoran

Ini Yang Perlu Anda Buat Jika Nampak Perokok Dalam Restoran

Bermula 1 Januari 2019, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai Tempat Dilarang Merokok.

Bagi maksud pindaan pewartaan ini, orang ramai adalah diminta untuk tidak merokok di semua tempat makan sama ada berhawa dingin dan tidak berhawa dingin.

Ini termasuklah di dalam dan luar bangunan kawasan kedai makan, restoran dan juga medan selera.

Larangan ini juga meliputi semua gerai-gerai makan dan kenderaan bergerak yang menyediakan kemudahan meja dan kerusi untuk makan dan minum serta semua restoran yang berada di atas kapal dan keretapi.

Walaupun larangan ini sudah berkuatkuasa, namun masih ada segelintir perokok yang masih berdegil seolah-olah mencabar undang-undang yang telah diwartakan.

Terbaru, seorang pekerja restoran telah ditampar akibat menegur pelanggan yang merokok di dalam restorannya.

Adalah sangat tidak wajar tindakan perokok terbabit. Sikap pentingkan diri perokok amat dikesali hinggakan ada segelintir dari mereka sengaja memuat naik gambar perokok yang masih tidak mempedulikan pewartaan yang telah dilaksanakan.

Tahukah anda, anda mempunyai cara untuk melapor kesalah perokok kepada pihak berwajib. Anda tidak perlu lagi untuk menegur jika terdapat perokok yang masih berdegil.

Ini langkah-langkah yang perlu anda buat bagi melaporkan kesalahan perokok

Anda boleh membuat aduan larangan merokok melalui talian khas yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk mereka yang ingin membuat adauan boleh menghubungi di talian 03-8892 4530 mengikut waktu pejabat.

Talian hotline juga turut disediakan iaitu di talian 010-860 8949.

Talian ini hanya digunakan untuk meninggalkan pesanan sahaja dengan menghantar bukti bergambar perokok yang merokok di kawasan larangan merokok dan premis yang tidak mempunyai papan tanda larangan merokok.

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

Manakala di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, semua pemilik, pengusaha atau tuan punya permis atau kenderaan yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok yang jelas boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan.

Bagi kesalahan gagal memastikan tiada orang merokok dan menyediakan kemudahan untuk merokok boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun.

Ayuh rakyat Malaysia kita jayakan misi Malaysia Bebas Asap Rokok!

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Video (V) : PERHIMPUNAN SENDO GAYONG SEDUNIA 2018 (22-23 Disember 2018)

Sumber: facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*