Kacukan Arab-Siam, guru ini tarik perhatian.

Kacukan Arab-Siam, guru ini tarik perhatian.

Guru wanita berdarah kacukan Arab dan Siam di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Isap, di sini, mencuri tumpuan apabila wajah ayu dimiliki membuatkannya mudah didekati terutama murid Tahun Satu.

Nor Shahifa Norlan, 26, dari Kota Bharu, Kelantan, berkata beliau dipertanggungjawab sebagai guru penyelaras Tahun Satu dan mengakui sedikit sibuk pada hari pertama pendaftaran persekolahan.

Lebih mesra disapa Mis Ifa, beliau yang berpengalaman selama tiga tahun dalam dunia pendidikan mengakui tugas hakiki sebagai seorang pendidik hari ini memerlukan mereka untuk pandai berkomunikasi dengan baik.

Katanya, cabaran menguruskan murid terutama Tahun Satu memerlukan kesabaran tinggi selain kemahiran psikologi untuk memastikan mereka terus kekal mengikuti arahan yang diberikan.

“Profesion guru semakin hari semakin mencabar namun kami perlu tempuhi bagi memastikan generasi muda mendapat pendidikan yang berkualiti,” katanya yang mengajar Bahasa Inggeris.

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*