Siklon Pabuk, Rakyat Disaran Buat Solat Hajat

Siklon Pabuk, Rakyat Disaran Buat Solat Hajat

Kota Bharu – Penduduk di Kelantan disaran untuk melakukan solat hajat bagi memohon doa agar penduduk di Malaysia khususnya di Kelantan, tidak akan ditimpa bencana berikutan ribut Siklon Tropika yang dikatakan akan melanda negeri ini.

Ribut merupakan tanda kekuasaan ALLAH

MET dalam satu muat naik di Facebook mengeluarkan amran cuaca buruk peringkat kuning dan jingga di beberapa negeri. Imej dari MET

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Mohd Amar Abdullah berkata, sebelum ini kerajaan negeri turut menggerakkan usaha dengan mengadakan solat hajat di beberapa kawasan.

Menurutnya, arahan itu dibuat sebelum malam Tahun Baharu 2019, supaya masjid mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing.

“Saya harap penduduk dapat menghadkan aktiviti di pantai dan memastikan keselamatan diri dan keluarga.

“Ini antara usaha yang kita boleh buat, sebab ribut merupakan tanda kekuasaan ALLAH dan kita berharap ia tidak akan mengundang bencana.” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Ribut sedang membadai beberapa kawasan di Pantai Timur

Dalam satu klip video di laman facebook yang dimuat naik The Red Warriors Malaysia pagi tadi, menunjukkan keadaan ribut yang terjadi akibat Siklon Pabuk yang dipercayai berlaku di daerah Kelantan.

Klip video tersebut memaparkan keadaan hujan lebat berserta angin kencang yang melanda sebuah kampung. Namun tiada keterangan mengenai lokasi kejadian ribut berkenaan.

Ini amaran dari Met Malaysia

Sementara itu Met Malaysia, dalam kenyataan media sebelum ini, memberi amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50km/j hingga 60km/j dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Video (V) : PERHIMPUNAN SENDO GAYONG SEDUNIA 2018 (22-23 Disember 2018)

Sumber: SinarHarian

 

Ikuti kami di :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*