
Menerusi perkongisan Facebook Mohd Nasir Mohd Zain, memaparkan seorang pelajar berjalan tanpa mengangkat kaki (menyeret kaki) sambil tangannya memegang seluar.
Mohd Nasir mendekati pelajar berkenaan dan bertanya kenapa dia berjalan tak angkat kaki?
“Kasut besar ustaz,” jawab pelajar itu.
“Kasut siapa ni?” Mohd Nasir bertanya lagi.
“Kasut abang sekolah menengah,” jawab pelajar itu.
“Kenapa pegang seluar?” Mohd Nasir bertanya lagi.
“Takut terjatuh seluar abang,” jawabnya.
Perkongsian itu benar-benar menyentuh emosi orang ramai sekaligus menyebabkan ia menjadi tular di media sosial sejak semalam.
Beberapa gambar dan video turut dikongsi oleh Mohd Nasir.
Sentiasalah bersyukur dengan segala apa yang kita ada. Bantulah mereka yang kurang berkemampuan.
Lihat video yang dikongsikan…..
Sumber : milosuam
Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube
Ikuti kami di :
Leave a Reply