
Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam.
“Saya telah dimaklumkan tentang penahanan anak saya, Ahmad Saiful Islam Mohamad, oleh pihak polis hari ini.
“Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.
“Anak saya sama seperti anak orang lain, juga tertakluk kepada proses undang-undang negara,” ujar Abang Mat yang juga Menteri Pertahanan.
Ahmad Saiful Islam dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6 petang Sabtu.
Sumber : Awani
Ikuti kami di :