Logo ‘No Smoking’ pada jersi Perak musim 2019 ?

Logo ‘No Smoking’ pada jersi Perak musim 2019 ?

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) berhasrat untuk meletakkan logo ‘No Smoking’ di jersi pasukan Perak The Bos Gaurus (Perak TBG) musim 2019 sebagai sokongan kepada kempen larangan merokok.

Hasrat tersebut disuarakan oleh Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan ia akan diumumkan dalam satu majlis perlancaran jersi dan pengenalan pemain tidak lama lagi.

Langkah ini juga dilihat dapat meneruskan kesinambungan kerajaan negeri Perak pada tahun 2018 yang mewartakan Stadium Perak sebagai zon larangan merokok. Ini berikutan penonton yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk wanita dan kanak-kanak.

 

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

 

Sumber : Fox Sport Malaysia

Ikuti kami di :