Suka Simpan ‘Teddy Bear’ Dalam Rumah? Sebenarnya Anda Sedang Diperhatikan!

Suka Simpan Patung Dalam Rumah? Sebenarnya Anda Sedang Diperhatikan!

Boleh dikatakan hampir setiap rumah pasti ada yang memiliki atau menyimpan anak patung atau boneka. Tidak hanya menjadi permainan kanak-kanak, malah menjadi barangan untuk golongan dewasa.

Contohnya patung teddy bear, ramai perempuan dewasa yang menyimpannya di dalam bilik dan dijadikan ‘teman’ sewaktu tidur malam. Kini, terdapat lambakan teddy bear yang bersaiz manusia dewasa di pasaran.

Tahukah anda pada asasnya, Islam mengharamkan patung atau boneka yang disucikan atau dimuliakan. Tetapi apa yang lebih menyeramkan patung tersebut sedang memerhatikan anda?

Dalam satu perkongsian yang dimuat naik di facebook, seorang pakar rawatan islam Ustaz Zulaffendi Mohamad, beliau telah menceritakan satu kisah ketika beliau membuat rawatan di sebuah rumah pesakit.

Dan ini apa yang diceritakan oleh beliau dalam status facebooknya:

Pemerhati yang tak bernyawa

2 hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan2 dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.

Jadi, kita pon mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang2 anaknya pulak.

Diringkaskan cerita, anaknya yg bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut2 ada benda yg x sepatutnya ada dalam rumah.

Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa mcm diperhatikan pada satu sudut. Saya pon percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yg memerhatikan.

Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yg sebesar saya. Aduhhh, macam kembaq dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa mcm patung tersebut dok perati.

Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar mcm saya jugak. Betul2 mengejek ni. Hahaha…dan yg terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa dok atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.

Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yg cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yg ada pesakit jugak menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak2 setiap hari pd masa yg sama takut bila masuk bilik ayah dia.

Ini pesan Ustaz Zulaffendi Mohamad

Jangan simpan patung yg cukup sifat di dalam rumah. Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yg geram bila tengok kita seksi ketika tidur. Jangan pasang lagu2 yg melalaikan di dalam rumah.

Menurut beliau lagi, patung atau boneka yang diharuskan ialah patung mainan kanak-kanak kerana ia bukan patung untuk dimuliakan, diagungkan dan bukan untuk tujuan bermegah-megah.

Jika patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa.

Akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja.

Kesimpulannya, patung atau boneka hanya dibenarkan dalam dua situasi, iaitu apabila kanak-kanak bermain dengannya, dan jika terdapat kecacatan pada patung tersebut.

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Sumber: facebook.com/zulaffendi.mohamad

Ikuti kami di :