Tampar Juruwang Wanita Sebab Minyak Masak (Video)

Tampar Juruwang Wanita Sebab Minyak Masak (VIDEO)

BERANG kerana tidak dapat membeli tiga peket minyak masak, seorang lelaki menampar dan mengugut juruwang wanita di sebuah kedai serbaneka di Bayan Lepas, pagi semalam.

Dalam kejadian 8.40 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun pada mulanya didatangi seorang pelanggan lelaki yang mahu membeli tiga peket minyak masak.

Mangsa ditampar pada bahagian belakang kepala

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, mangsa kemudian memberitahu lelaki berkenaan yang dia hanya boleh membeli dua peket minyak masak kerana jumlah itu terhad kepada setiap pelanggan.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit berang dengan teguran itu dan dia terus menampar belakang kepala mangsa.

“Dia kemudian beredar dan mengugut mangsa supaya berjaga-jaga,” katanya dalam satu kenyataan media, malam tadi.

Anbalagan berkata, akibat kejadian itu, wanita berkenaan mengalami sakit di belakang kepala dan dia yang takut dengan ugutan terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis.

Rakaman video berdurasi 16 saat mengenai kejadian berkenaan mula tular di media sosial, malam tadi.

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati memang berlaku kejadian seorang lelaki mengamuk dan memukul belakang kepala mangsa.

“Mangsa mendakwa, lelaki terbabit marah kerana dia menegurnya yang mahu membeli tiga peket minyak masak kuantiti 1 kilogram sedangkan ia hanya terhad dijual dua peket sahaja kepada setiap pelanggan,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu, polis kini sudah mengenal pasti suspek dan akan menahannya dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Sumber: HarianMetro

Ikuti kami di :