Tiga Pemilik Akaun Media Sosial Muat Naik Komen Hina Agong Ditahan Polis

Tiga Pemilik Akaun Media Sosial Muat Naik Komen Hina Agong Ditahan Polis

Tiga pemilik akaun media sosial yang didakwa memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Sultan Muhammad V berhubung isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ditahan polis pada Selasa.

Ketiga-tiga yang ditahan terdiri daripada pemilik akaun Facebook, Eric Liew Chee Ling serta dua lagi pemilik akaun Twitter, Azham Akhtar Abdullah dan Nur Alia Astaman.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun dalam satu kenyataannya pada Rabu.

 

Sumber : Awani

Ikuti kami di :