Memang Pelik! Jilat Loceng Pintu Sampai Tiga Jam? (Video)

Memang Pelik! Jilat Loceng Pintu Sampai Tiga Jam? (Video)

Seorang lelaki California telah dirakam oleh kamera pengawasan ketika menjilat loceng sistem interkom pemilik sebuah rumah selama berjam-jam.

Dalam satu rakaman video menunjukkan lelaki berusia 33 tahun itu mendekati serambi rumah pada awal hari Sabtu, sebelum memulakan sesi menjilat loceng system intercom tersebut selama 3 jam.

Menurut Jabatan Polis Salinas, lelaki tersebut memasuki kawasan rumah beberapa kali antara jam 2 pagi hingga 5 pagi.

Pelaku dikenali sebagai Roberto Arroyo kelihatan terlalu intim dengan sistem loceng tersebut

Menurut pemilik rumah berkenaan, Sylvia Dungan, dia tidak berada di rumah pada waktu kejadian, tetapi anak-anaknya berada di rumah ketika itu. Mereka tersedar apabila sistem pengawasan mengesan gerakan berhampiran pintu depan.

Beliau kemudian memuat naik video berkenaan di laman social dalam usaha memberi amaran kepada komuniti setempat. Jabatan Polis Salinas berjaya menahan Arroyo dan menyifatkan tindakan lelaki terbabit sangat aneh.

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Sumber: Independent

Ikuti kami di :