Kursus Ternakan 2019 : Veterinar Perak

Kursus Ternakan 2019 : Veterinar Perak

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Ternakan sepanjang tahun ini bermula Februari hingga oktober. Anda dialu-alukan bagi menyertai kursus yang dianjurkan dengan bayaran sebanyak Rm20.

Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Perak. Jadi apa tunggu lagi yob, moh le mohon.

Syarat-syarat permohonan :

  • Keutamaan kepada rakyat Negeri Perak
  • Borang hanya sah untuk tahun semasa sahaja
  • Pemohon yang tidak mendapat tawaran dalam tahun semasa adalah dianggap tidak berjaya
  • Pemohon yang berjaya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00 semasa mendaftar kursus (Tahap 2 & 3 Sahaja)
  • Borang-borang boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berdekatan dan laman web www.jpvpk.gov.my

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Jabatan Veterinar Negeri Perak : 05-5459111

 

DOWNLOAD : BORANG KURSUS
DOWNLOAD : JADUAL KURSUS

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak

 

Ikuti kami di :