Tak Lulus Cuti, Pekerja Tikam Bos Sampai Mati

Tidak Lulus Cuti, Tikam Bos Sampai Mati

Seorang juruteknik menikam penyelianya hingga mati hanya kerana permohonan cuti tidak diluluskan.

Dalam kejadian di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, juruteknik warga Pakistan berusia 25 tahun itu dilapor bertanya kepada mangsa tentang status permohonan cutinya yang telah dihantar seminggu sebelum itu.

Apabila pertanyaannya tidak dilayan, suspek naik berang dan terus menyerang dan menikam mangsa di dada dan perut bertalu-talu dengan pisau.

Menurut laporan Khaleej Times, suspek juga cuba menyerang rakan sekerjanya menggunakan pisau sama, namun gagal apabila rakannya berjaya mengelak dan menjatuhkan pisau tersebut.

Suspek yang didakwa di mahkamah Dubai pada Ahad membuat pengakuan yang dia menikam penyelianya selepas berlaku perbalahan di antara mereka pada Ogos, namun menafikan dia merancang melakukan pembunuhan itu.


Jangan lupa like kami di 
Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Ikuti kami di :