Mak Nyah Rayu Sumbangan Untuk Kembali Ke Penjara Wanita

Mak Nyah Rayu Sumbangan Untuk Kembali Ke Penjara Wanita

BAGI membolehkan kembali ke penjara wanita, seorang banduan mak nyah merayu derma sebanyak $25,000 (RM131,584) untuk menampung kos pembedahan menukar jantina.

Karen White, 52, dipenjarakan seumur hidup sejak Oktober lalu kerana merogol dua wanita dan mencederakan seorang lelaki.

Mak nyah atau nama asalnya David Thompson dimasukkan ke penjara wanita, namum dipindahkan ke penjara lelaki setelah melakukan kesalahan serangan seksual terhadap dua banduan wanita.

Pihak berkuasa memasukkan Karen ke penjara wanita pada awalnya sebagai memenuhi tuntutan hak-hak transgender di United Kingdom.

“Saya berharap kembali ke penjara wanita semula. Tetapi satu cara untuk hasrat ini tercapai adalah dengan menukar diri saya menjadi seorang wanita”

“Masa itu pihak penjara tidak mempunyai pilihan melainkan menghantar saya ke penjara wanita semula,” katanya yang merayu rakan-rakannya untuk memberi sumbangan kepadanya bagi menampung kos pembedahan menukar jantina”.

Kejadian berlaku di luar negara, bukan di Malaysia  😉

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Ikuti kami di :