Video Tular, Pegawai ILP Diberi Cuti Seminggu

Video Tular, Pegawai ILP Diberi Cuti Seminggu

RAKAMAN pegawai Institut Latihan Perindustrian menendang tiga motosikal yang diparkir di kawasan itu sehingga jatuh, tular di media sosial sejak petang semalam.

Lelaki terbabit dikatakan berbuat demikian pada sesi pendaftaran pelajar lama selepas tidak berpuas hati dengan tindakan mereka meletakkan motosikal di kawasan itu.

Perbuatan itu dirakam oleh seorang pelajar yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Akibat dari peristiwa itu pegawai yang berkhidmat di (ILP) Kota Bharu diarah bercuti seminggu bermula hari ini berikutan tindakannya tersebut.

Pengarah ILP Kota Bharu, Zainudin Ahmad, berkata keputusan itu dibuat supaya siasatan dalaman boleh dijalankan memandangkan kesalahan itu tidak boleh dituju seratus peratus terhadap pegawai terbabit.

Katanya, beliau sudah berjumpa dengan pegawai berkenaan dan turut menasihatkannya supaya menjalani pemeriksaan tekanan di hospital.

“Kita tidak boleh seratus peratus salahkan dia dan disebabkan itu kita mahu siasatan secara terperinci dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini segera. Bagi sesiapa yang mengenali pegawai berkenaan sudah pasti tahu dia seorang kakitangan yang baik dan mungkin sesuatu berlaku menyebabkan kejadian itu terjadi.

Mengulas lanjut, Zainudin berkata, pihaknya memberi jaminan akan membayar ganti rugi kepada pelajar yang mengalami kerosakan motosikal akibat insiden itu.

Katanya, pegawai tersebut akan dipanggil bertemu Ketua Pengarah JTM, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar yang akan berkunjung ke ILP Kota Bharu, esok.

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Sumber : BH

 

 

Ikuti kami di :