Saksi Dakwa Lihat MH370 Terhempas Bersumpah Dengan Al-Quran

Saksi Dakwa Lihat MH370 Terhempas Bersumpah Dengan Al-Quran

PETALING JAYA- Saksi yang mendakwa bahawa melihat sendiri pesawat MH370 terhempas di lautan Sumatera membuat akuan sumpah dengan al-Quran pagi ini.

Akuan sumpah itu dibuat bagi membuktikan bahawa dakwaan itu benar, bukannya bersifat dakwaan semata-mata. Turut menyaksikan akuan sumpah itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Bergerak seperti layang-layang patah

Menurut saksi MH370 didakwa terhempas di laut Sumatera.

Menurut saksi itu, dia yang berada di tempat kejadian pada pagi 8 Mac 2014 menyaksikan pesawat itu rosak, asap hitam dan bau busuk asid dari pesawat berkenaan.

Saksi terbabit yang dikenali sebagai Rosli diterbangkan khas dari Indonesia, dalam satu sidang media yang diadakan di Lake View Club mendakwa berada di tempat kejadian pada 8 Mac 2014.

Dia melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi hanya asap hitam seperti berpunca dari kebakaran sebelum terhempas ke dalam air.

Jangan lupa like kami di Facebook.dan subscribe kami di Youtube

Sumber: SinarHarian

Ikuti kami di :