Satu lagi kes kematian Rabies dicatatkan di Sarawak

Satu lagi kes kematian Rabies dicatatkan di Sarawak

KES melibatkan kematian akibat Rabies di Sarawak bertambah apabila seorang warga emas di Kampung Sungai Du’uh meningggal dunia akibat dari virus itu.

Wanita berusia 80 tahun itu meninggal dunia pada 9.35 pagi (18 jan 2018) di Hospital Umum Sarawak.

Ia menjadikan kes kematian Rabies di Sarawak dalam kalangan manusia sejak 1 julai 2017 adalah sebanyak 16 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Sarawak, “Pada 11 Januari lalu, mangsa mengalami demam, batuk, muntah, lesu, sakit badan dan rasa lemah pada tangan kiri, dan mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari yang sama.

“Bagaimanapun, mangsa tidak memaklumkan bahawa dia digigit oleh anjing.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada 14 Januari lalu oleh klinik swasta yang sama selepas gejala yang dihidapinya tidak berkurangan semasa mendapatkan rawatan ulangan. Keadaan mangsa bertambah teruk dengan gejala neurologi termasuk hidrofobia dan aerofobia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dengan pengesahan terbaru itu, kes disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak pengisytiharan wabak pada 1 Julai 2017 sehingga 18 Jan 2019 adalah 17 kes termasuk 16 kematian.

Sumber : Hmetro

Ikuti kami di :