Dipotong Kepala Sebab Masak Sup Tak Sedap

Dipotong Kepala Sebab Masak Sup Tak Sedap

AKIBAT sup dimasak pasangan tidak sedap, seorang lelaki memenggal kepala teman wanitanya.

Pihak berkuasa Rusia menjumpai mayat wanita yang putus pada bahagian kepala di wilayah Smolensk.

Teman lelaki mangsa yang berusia 43 tahun ditahan di rumah pasangan itu di kampung Kozlovka.

“Lelaki itu marah kerana pasangannya masak sup kobis Shchi tidak sedap,” menurut Readovka News memetik sumber pihak berkuasa.

Penduduk tempatan berkata, lelaki itu hilang pekerjaan baru-baru ini dan terjebak dengan tabiat minum arak.

“Sebelum ini, dia tidak pernah mempunyai tingkah laku buruk dan tiada siapa perasan kelakuan agresifnya,” menurut laporan tempatan.

Katanya, lelaki itu juga gagal membunuh diri, selepas membunuh pasangannya.

Ikuti kami di :