TERKINI ! Mesej WhatsApp Hanya Boleh Di’foward Kepada 5 Individu

TERKINI ! Mesej WhatsApp Hanya Boleh Di’foward Kepada 5 Individu

Pengguna aplikasi WhatsApp kini hanya boleh ‘forward’ mesej kepada lima individu sahaja.

“Had itu berkuat kuasa di seluruh dunia bermula hari ini,” kata Naib Presiden Dasar dan Komunikasi WhatsApp, Victoria Grand di Jakarta pada Isnin.

Tambah beliau, “Ia bagi mengelak maklumat salah dan khabar angin tersebar secara berleluasa.”

Sebelum ini, pengguna WhatsApp dibenarkan mengedar mesej kepada 20 individu ataupun satu ‘group’.

Had jumlah penerima mesej ‘forward’ itu pada asalnya bermula di India pada Julai tahun lepas apabila khabar angin yang disebar melalui WhatsApp telah menyebabkan beberapa kes pembunuhan.

Sumber : Awani

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Ikuti kami di :