34 Cedera Akibat Terkena Mercun Di Batu Caves (Video)

34 Cedera Akibat Terkena Mercun Dekat Kuil (Video)

Seramai 34 warga tempatan cedera akibat terkena letupan mercun di atas jambatan bertingkat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berdekatan kuil Batu Caves, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun datang ke kuil berkenaan bersama dua rakan bagi upacara keagamaan.

Didapati seorang membakar mercun bagi tujuan meraikan dan menyambut Thaipusam. Tiba-tiba mercun itu yang sepatutnya meletup di udara meletup di atas jalan raya.

Enam daripada 34 warga tempatan yang cedera dikejarkan ke hospital berasingan iaitu Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

Video Letupan Mercun :

 

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

Ikuti kami di :