Lelaki Terjun Jambatan Kedua Pulau Pinang, Sambil ‘Live’ (VIDEO)

Lelaki Terjun Jambatan Kedua Pulau Pinang, Sambil ‘Live’ (VIDEO)

Seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan aksi bunuh diri di jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Selasa.

Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan  itu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.

“Dalam pada kita sibuk melakukan aktiviti menaikkan SUV, pihak Polis Marin telah menerima satu panggilan  pada jam 9.30 pagi tadi mengatakan terdapat seorang lelaki telah terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang.

Lelaki berusia 33 tahun itu turut membuat rakaman video secara langsung ketika terjun dari jambatan.

Menurut pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat,  Marziaddi Mahmud, lelaki tersebut terjun ke dalam laut dikilometer 12.2, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menuju ke Batu kawan.

Mangsa seterusnya dibawa ke jeti pangkalan Polis Marin di batu Uban untuk di hantar ke Hospital Pulau Pinang.

Video cubaan bunuh diri di Jambatan ke dua Pulau Pinang :

Jangan lupa like kami di Facebook. dan subscribe kami di Youtube

 

 

Ikuti kami di :