Selepas Fenomena ‘Malu Apa Bossku’ Kini Najib Buat Cover Lagu ‘PH Pendusta’ (Video)

Selepas Fenomena ‘Malu Apa Bossku’ Kini Najib Buat Cover Lagu ‘PH Pendusta’

Sejak kebelakangan ini nama Dato Seri Najib kembali menjadi bualan hangat, apa tidaknya hampir setiap hari ada sahaja status yang dimuat naik beliau di facebook yang rata-rata berbaur sindiran kepada Pakatan Harapan ketika ini.

Malah populariti beliau semakin memuncak bila satu slogan keramat ‘malu apa bossku’ telah menjadi satu fenomena di Malaysia. Rata-rata netizen begitu teruja dengan slogan tersebut. Ada sahaja klip-klip video yang meniru gaya slogan ini.

Keterujaan ini membuatkan rakyat Malaysia seolah-olah lupa akan segala tuduhan dan sebutan kes yang masih berjalan di mahkamah ketika ini.

Di laman facebook beliau tidak kurang juga hebatnya. Beliau yang kini digelar sebagai ‘king of troll’ semakin rancak dengan muat naik status yang ditujukan kepada pihak kerajaan.

Apa yang menariknya setiap status yang dibuat pasti akan menarik perhatian netizen, hingga mendapat hampir 20 ribu like untuk setiap kali status beliau yang di muat naik.

Malah jika anda meninjau di ruangan komen, jangan terkejut jika ada komen dari netizen yang mahu beliau kembali menjadi Perdana Menteri.

Dalam satu muat naik di facebook, telah tular satu rakaman video menunjukkan beliau sedang menyanyi bersama dengan sekumpulan lelaki dan wanita.

Video yang berdurasi 4.29 saat itu memaparkan beliau sedang menyanyikan sebuah lagu ‘Hati Ku Luka Lagi’ dendangan asal dari kumpulan Black Dog Bone. Namun liriknya telah diolah.

Jika lagu asal lirik yang sepatutnya adalah ‘hati ku luka’, tetapi dalam versi cover ini lirik asal telah ditukar menjadi ‘PH pendusta’ yang diikuti oleh suara latar.

Hati Ku Luka Lagi – Black Dog Bone

Tapi kau permainkan (PH pendusta)

Engkau sakitkan hatiku (PH pendusta)

Sengaja kau bermesra

Dengan dia teman barumu

Tidak dapat dipastikan bila dan dimana rakaman ini telah dibuat. Namun jika dilihat dengan teliti ia dibuat di sebuah studio rakaman.

Janganlupa like kami di Facebook.dan subscribe kami di Youtube

Sumber: facebook.com/weallmahathir

Ikuti kami di :