Jom Ke Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang

Jom Ke Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang

LIMA belas 15 belon udara panas akan menyertai Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang di Padang Polo, Georgetown, pada 9 dan 10 Februari depan.

Belon udara terbabi adalah Black Sheep, Gnome, Robot Woozi, Clown Bruno, Princess Nelly, House Ballon, G-Buoe, Moon, Patch Adams, Kedah, Skyrainbow Blue, Midori, Wanderer dan Rising Star.

Penganjuran fiesta bagi tahun kelima itu membabitkan penyertaan 10 negara termasuk Malaysia dengan pelbagai bentuk khas ditonjolkan.

Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang

Pelbagai aktiviti disediakan dan boleh disertai pelbagai lapisan usia sepanjang fiesta itu berlangsung bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam.

Terdapat aktiviti menarik di Zon Ria yang boleh disertai keluarga seperti permainan belon gelembung, bengkel kreatif, menaiki bot kayuh, terjunan lelabah songsang bagi kanak-kanak dan dewasa, trampolin dan lain-lain lagi.

Acara kemuncak ialah pertunjukan ‘Night Glow’ dan bunga api selepas perasmian pembukaan yang dijangka disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada 8.15 malam 9 Februari.

Penggiat negara lain yang terbabit ialah dari Amerika Syarikat, Brazil, Sepanyol, Belgium, Slovakia, Jepun, Korea, Vietnam dan Taiwan.

Sumber  : Hmetro

Ikuti kami di :