Maut Terlebih Makan Durian

Maut Terlebih Makan Durian?

Akibat terlebih makan durian, seorang pemandu pemandu minivan awam didapati meninggal dunia di Curug, Tangerang.

Ketua unit siasatan jenayah Tangerang Selatan, Alexander Yuriko, berkata pemandu yang dikenali sebagai Adie, 53, mempunyai tekanan darah tinggi dan disahkan memakan durian dalam kuantiti banyak sebelum dia meninggal dunia.

“Disebabkan pemakanan yang tidak dikawal itu menyebabkan saluran darahnya pecah dan hidung turut berdarah,”

The Jakarta Post melaporkan, mangsa ditemui di dalam minivan oleh rakan-rakannya yang curiga dengan keadaan mangsa sejak pagi Sabtu.

Kata Alex: “Dari hasil siasatan, mangsa tidak mempunyai sebarang tanda penderaan fizikal. Ahli keluarga dan saksi mengakui mangsa mempunyai tekanan darah tinggi.”

Keluarga menolak agar mangsa dibedah siasat lalu dibawa ke kediaman keluarganya dan dikebumikan di kampung halamannya di Ciamis, Jawa Barat.

Ikuti kami di :