Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir (JAKIM)

Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir (JAKIM)

APA ITU SOLAT JAMAK?

Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jamak Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

APAKAH SYARAT SOLAT JAMAK?

UNTUK SOLAT JAMAK TAQDIM:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

UNTUK SOLAT JAMAK TAAKHIR:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

BAGAIMANA CARA DAN CONTOH NIAT SOLAT JAMAK?

UNTUK JAMAK TAQDIM:

1. Jamak Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jamak Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

UNTUK JAMAK TAKHIR:

1. Jamak Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jamak Takhir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Ikuti kami di :