Manogaran Kalah Sebab Pembangkang Main Isu Perkauman ?

Manogaran, Kalah Sebab Pembangkang Main Isu Perkauman?

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands apabila calonnya Ramli Md Nor menang dengan majoriti 3,238.

Kemenangan Ramli mencipta sejarah apabila calon tunggal Orang Asli ini berjaya melangkah masuk ke Dewan Rakyat.

Ramli berjaya mendapat 12,038 undi manakala Manogaran hanya mampu meraih sebanyak 8,800 undi.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) yang gagal untuk kali ketiga dalam percubaannya merebut kerusi Parlimen Cameron Highlands, M Manogaran, mendakwa Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi berkenaan kerana memainkan isu perkauman.

Manogaran berkata, beliau sama sekali tidak menyalahkan pengundi kerana kegagalannya merampas kerusi berkenaan.

“BN main isu kaum, saya tak salahkan pengundi. Ini menjadikan kami lebih kuat kerana kami tidak memandang agama dan kaum,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Pilihan Raya PH, di sini hari ini.

TETAPI pada masa yang sama, ramai dikalangan nitizen mempersoal sebaliknya Manogaran yang memainkan isu perkauman.

Sebelum ini M Manogaran dilapor memperkecilkan strategi BN untuk mempertaruhkan bekas pegawai polis kanan Orang Asli sebagai calon yang tidak akan dapat meraih undi Melayu dengan analogi ‘orang Melayu tak beli kuih dari gerai Orang Asli’.

Kenyataan Manogaran yang dipetik dari sumber Malaysiakini pada 9 Januari :

“Ikut perkiraan BN, mereka fikir… Mereka tak faham. Orang Melayu tak beli kuih dari gerai Orang Asli. Saya tak fikir mereka (orang Melayu) akan undi Orang Asli.

“Orang Melayu akan tanya: kenapa tak ada calon orang Melayu? Kenapa letak Orang Asli?

“Orang Cina, India juga tidak akan undi Orang Asli,”

–Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih–

Ikuti kami di :