Benarkah Arab Saudi Sedang Membangunkan Senjata Nuklear?

Arab Saudi Sedang Membangunkan Peluru Berpandu Nuklear! Apa Keperluannya?

Sebagai sebuah negara konservatif, Arab Saudi kini dilihat mula mengorak langkah ke arah perubahan. Jangan terkejut jika di Arab Saudi sudah ada panggung wayang buat pertama kali sejak diharamkan 35 tahun lalu.

Banyak perubahan lain yang berlaku di bawah pemerintahan baharu Putera Mahkota Mohammed Salman yang berusia 32 tahun, kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan beberapa undang-undang.

Namun adakah perubahan ini perlu bagi sebuah negara selaku penjaga Kota Suci Makkah?

Terbaharu, telah terbongkar di media antarabangsa satu projek rahsia yang sedang dibangunkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Arab Saudi sedang giat membangunkan sistem peluru berpandu yang mampu membawa peledak nuklear antara benua dan dikatakan boleh menyasarkan musuh tradisi mereka iaitu Iran.

Arab Saudi sedang melakukan perlumbaan senjata dengan Iran?

Pangkalan ujian peluru berpandu balistik yang disyaki dilihat di luar bandar al-Dawadmi, Arab Saudi. Foto TheSunUK

Dalam satu laporan The Sun Uk, Arab Saudi didedahkan sedang menguji peluru berpandu balistik yang mampu membawa peledak nuklear di sebuah pangkalan tentera rahsia.

Menerusi imej-imej satelit yang disiarkan, pakar mencadangkan ia sebuah pengkalan senjata,  umumnya direka untuk melancarkan peluru berpandu balistik yang mampu menyasarkan beribu-ribu batu jauhnya.

Negara Timur Tengah yang terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak itu telah lama mengkritik saingannya Iran untuk membangun dan memiliki senjata seperti ini.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh  Putera Mahkota Mohammed bin Salman tahun lalu, pihak kerajaan Arab Saudi tidak akan teragak-agak untuk membangunkan senjata nuklear jika Iran melakukannya.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengatakan kerajaannya tidak akan teragak-agak untuk membangunkan senjata nuklear jika Iran melakukannya. Foto TheSunUk

Imej satelit yang dikeluarkan pada November menunjukkan struktur yang kelihatan cukup besar untuk membina dan menjana peluru berpandu balistik. Pembinaan tapak  ujian enjin roket yang jelas boleh dilihat di sudut asas, dan dari mana pelancaran ujian boleh dijalankan.

Namun Pegawai di Riyadh dan Kedutaan Saudi di Washington enggan memberi respon kepada pendedahan itu.

Mempunyai program sedemikian boleh menjejaskan hubungan dengan AS

Hubungan AS dan Saudi sedikit meruncing sejak pembunuhan Jamal Khashoggi. Foto Al Jazeera

Sebagai sekutu rapat Amerika Syarikat, projek peluru berpandu ini dilihat boleh menjejaskan hubungan rapat dengan AS.

Hubungan Saudi AS sebelum ini dilihat terjejas berikutan kejadian pembunuhan berprofile tinggi kolumnis Washington Post Jamal Khashoggi

Menurut Jeffrey Lewis, seorang pakar peluru berpandu di Institut Pengajian Antarabangsa Middlebury di Monterey, California, berkata pelaburan besar pada projek peluru berpandu sering dikaitkan dengan kepentingan senjata nuklear.

Jeffrey bagaimanapun mengakui agak risau dengan  cita-cita Arab Saudi untuk membangunkan senjata nuklear

Imej-imej yang pertama kali dilaporkan oleh The Washington Post, memberi tumpuan kepada pangkalan tentera di dekat bandar al-Dawadmi, kira-kira 145 batu di barat ibu kota Riyadh.

Pertama kali pangkalan berkenaan dikenal pasti ialah pada tahun 2013, dua tapak pelancaran berkenaan menempatkan peluru berpandu balistik yang sebelum ini dibeli dari China

Persoalannya di mana Arab Saudi memperoleh pengetahuan teknikal untuk membina kemudahan sedemikian?

Menurut Lewis lagi, Orang-orang Cina semakin banyak menjual pesawat bersenjata ke Arab Saudi dan negara-negara timur tengah yang  lain.

Beijing juga menjual varian Riyadh dari peluru berpandu balistik Dongfeng, satu-satunya kerajaan yang sebelum ini dipercayai mempunyai senjata berkenaan.

Namun, ketika ditanya oleh The Associated Press pada hari Jumaat lalu mengenai pangkalan itu, Kementerian Pertahanan China enggan mengulas.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata: “Saya tidak pernah mendengar perkara mengenai  China membantu Arab Saudi untuk membina asas peluru berpandu.”

Arab Saudi mahupun China merupakan anggota majlis Rejim Kawalan Teknologi Peluru Berpandu atau Missile Technology Control Regime selama 30 tahu.

Arab Saudi sebelum ini begitu lantang menyuarakan bantahan ke atas Iran dan Israel dalam pembangunan teknologi peluru berpandu yang berpotensi untuk membawa peledak nuklear.

Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, pendedahan program peluru berpandu Arab Saudi ini dilihat akan mengeruhkan lagi hubungannya dengan AS. Arab Saudi bakal berhadapan dengan sekatan dari Antarabangsa jika masih berkeras mahu meneruskan program ini seperti apa yang berlaku pada Iran dan Korea Utara.

Persolan yang masih jelas, apakah keperluan Arab Saudi memiliki senjata nuklier? Adakah senjata berkenaan digunakan untuk kempen mereka menyerang Yaman, atau sebagai senjata pertahanan bagi menangkis ancaman dari Iran dan Israel.

Sumber: TheSunUK

Ikuti kami di :