Ini Sebab Kenapa Ikan Baung Merah Dilarang Lepas Ke Sungai

Ikan Baung Merah Ikan Pemangsa, Dilarang Lepas ke Sungai

Jabatan Perikanan Pahang larang penternak ikan baung ekor merah dalam sangkar secara komersial di Sungai Pahang melepaskannya ke dalam sungai bagi mengelak kesan negatif pada ekosistem.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Azahari Othman, berkata ikan yang dikategorikan sebagai ikan pemangsa itu antara 32 spesies ikan yang tidak dibenarkan dilepaskan dalam sungai, empangan, tasik dan lombong di negara ini.

Justeru, katanya, pihaknya sentiasa memantau dan mengawasi industri ternakan ikan baung ekor merah di negeri ini supaya setiap penternak mematuhi cadangan dan peraturan ditetapkan terutama membabitkan ternakan dalam sangkar.

Mengganggu ekosistem perairan

“Ikan baung ekor merah adalah spesies berasal dari Sungai Mekong, Vietnam dan ia dikategorikan sebagai ikan pemangsa yang akan mengganggu ekosistem perairan sekiranya berada dan membiak dalam perairan umum.

Agresif memakan pelbagai hidupan dalam air

“Ikan berkenaan adalah ikan yang agresif memakan pelbagai hidupan dalam air termasuk anak ikan dan udang, saiznya matangnya mencapai berat puluhan kilogram.

Penyebar penyakit kepada ikan tempatan

“Kehadiran ikan berkenaan di perairan negara boleh membawa penyakit yang akan merebak kepada ikan tempatan terutama yang diternak dalam sangkar,


Beliau berkata, mereka yang menternak secara dalam sangkar perlu melakukan pengawalan yang terbaik bagi memastikan ikan berkenaan tidak terlepas ke perairan umum, seterusnya membiak secara meluas.

Difahamkan kini terdapat ramai penternak di beberapa daerah di negeri itu menternak ikan baung ekor merah dengan alasan sambutan menggalakkan daripada pelanggan selain harga yang tinggi.

Bentuk, warna dan saiz ikan baung ekor merah hampir sama dengan baung tempatan namun warna merah pada ekor saja yang membezakan dua spesies berkenaan.

 

 

Ikuti kami di :