Panjangnya Nama Kau Nak! Cubalah Sebut Dengan Sekali Lafaz

Panjangnya Nama Kau Nak! Cubalah Sebut Dengan Sekali Lafaz

JAWA TIMUR: Memberi nama anak yang baharu dilahirkan merupakan saat yang ditunggu bagi setiap pasangan yang telah menimang cahaya mata.

Setiap ibu bapa mempunyai alasan tersendiri bagi sesuatu nama itu dipilih.

Apa yang menariknya, bagi pasangan Arif Akbar dan Suci Nur Aisiyah dari Desa Ngujuran, Kabupaten Tuban, Jawa Timur, nama yang panjang dipilih untuk anak kedua mereka.

Cuba sebut dengan sekali lafaz

Terdapat 19 suku kata pada nama bayi berkenaan. Foto dari Suryamalang.com

Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.

Begitulah nama yang menjadi pilihan pasangan terbabit untuk bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada 6 Januari lalu. Panjang bukan?

Menurut bapa bayi berkenaan, dia mempunyai alasan tersendiri ketika memilih nama berkenaan.

“Pemberian nama anak saya mempunyai kaitan dengan sejarah nama kota Islam. Pada namanya juga terdapat doa, dan saya berharap dia akan membesar sebagai insan soleh yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa,” kata Arif.

Apabila ditanya mengenai nama anaknya yang panjang dan kesukaran yang mungkin dihadapi berhubung urusan dokumentasi, Arif berfikiran positif dan yakin semuanya mampu diatasi.

Walaupun agak sukar untuk disebut  dan kedengaran agak pelik bagi sesetengah orang, ia bukanlah sesuatu yang mustahil, asalkan nama berkenaan mempunyai makna yang baik agar bayi berkenaan membesar seindah namanya.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :