Bayi Rentung Dalam Ketuhar

PILU seorang ibu melihat mayat bayinya rentung akibat dibakar. Bayi malang itu dipercayai dibakar di dalam ketuhar selepas disumbat datuknya yang sedang mabuk.

Kejadian tersebut berlaku selasa lalu di Khakassia,Rusia.

Viktoria Sagalakov, 20, meninggalkan bayinya yang berusia 11 bulan, Maxim Sagalakov untuk dijaga oleh kedua ibu bapanya di rumah keluarga itu di kampung Kharoy.

KETUHAR yang digunakan datuk mangsa

“Datuk dan nenek mangsa dipercayai mabuk dan membunuh bayi itu,” kata Jawatankuasa Penyiasatan wilayah dalam satu kenyataannya.

Pihak berkuasa berkata, dua suspek berusia 47 dan 42 tahun itu kemudiannya ditahan dan kes itu siasat sebagai pembunuhan sengaja terhadap kanak-kanak.

datuk & nenek kepada bayi tersebut telah ditahan di kediaman mereka. Kedua-duanya sekarang menjalani kehidupan di penjara selepas dituduh membunuh.

Jiran-jiran tidak menyangka perkara ini boleh berlaku kerana datuk dan nenek kepada bayi menjaga cucu mereka dengan baik sebelum ini.

Sementara itu, ibu mangsa meninggalkan mesej penuh emosi di media sosial.

“Bersemadilah dengan tenang, anak ku. Anak ku, kesakitan ini tidak akan hilang walaupun untuk seminit,” tulisnya.

Video


Sumber : Hmetro, Dailymail

Ikuti kami di :