
Tahukah anda, puluhan juta penduduk di Amerika Syarikat kini berdepan dengan suhu sejuk melampau yang boleh meragut nyawa akibat pusaran kutub yang melanda beberapa bahagian negara itu.
Suhu di hampir 12 negeri dari Dakota hingga Ohio diramalkan mencecah tahap paling sejuk sejak beberapa generasi lalu dan mungkin memecahkan rekod sedia ada. Boleh dikatakan suhu yang di catatkan lebih sejuk berbanding Antartika
Perkhidmatan Cuaca Nasional meramalkan suhu antara -23 hingga -40 darjah Celsius menjelang semalam di seluruh Midwest dan tiupan angin boleh menjadikan suhu turun hingga -53 Celsius.
Dengan bahagian-bahagian Amerika kini lebih sejuk daripada Antartika, menyebabkan pelbagai jenis senario aneh yang berlaku. Warga Amerika tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman mereka di media sosial untuk menunjukkan kepada orang betapa sejuknya keadaan di sana ketika itu.
Dari tangki tandas yang meletup ke spageti beku, ini antara perkara aneh yang berlaku di AS
Someone in Minnesota had their toilet tank explode because the water inside froze 😬 pic.twitter.com/fCBLjDwChx
— mistress misandry (@hannahtraining) January 31, 2019
Fenomena itu dipercayai berpunca dari pusingan udara artik daripada pusaran kutub yang lazimnya hanya mengelilingi Kutub Utara.
Keadaan cuaca ekstrim ini akan menyebabkan mereka yang terdedah dengan suhu sejuk melampau ini berisiko mengalami reputan fros dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Dalam beberapa video yang dimuatnaik di media sosial menunjukkan air kopi panas yang dilempar ke udara bertukar menjadi salji. Baju yang di sidai menjadi keras dan tasik berukar menjadi beku. Dan apa yang paling menarik bila spageti yang hendak dimakan bertukar menjadi beku seolah-olah terapung di udara bersama garpu.
Spegeti terapung
How cold is it in Chicago at the moment….? pic.twitter.com/U3wJnHZwFY
— Charles Croucher (@ccroucher9) January 31, 2019
Seluar yang berdiri sendiri akibat beku
Air panas bertukar menjadi salji
Nothing else to do but a Polar vortex snow day experiment 🥶😂 pic.twitter.com/4RTI2Dd5UH
— Darlene (@Darlene21844929) January 30, 2019
Air Terjun Niagara Falls bertukar beku seakan-akan dalam filem animasi Disney Frozen .
Suhu di Ontario, Kanada, telah jatuh ke -18C, mengakibatkan air terjun Niagara kelihatan lebih fotogenik daripada sebelum ini ketika mereka pertama kali ia membekukan .
Wap boleh dilihat naik dari Air Terjun, kerana suhu airnya lebih panas daripada udara beku, mewujudkan kesan halus.
Sebahagian besar ais telah terbentuk dengan air mengalir di sekitarnya, sementara pokok-pokok dan batu di sekelilingnya ditenggelami salji.
Di tempat lain di Amerika Utara, Chicago antara bandar yang terjejas teruk dan menyebabkan tasik Michigan di bandar itu menjadi beku
Dengan suhu telah jatuh ke -17C, menjadikannya antara hari paling sejuk dalam sejarah sejak 150 tahun yang lalu.
Penduduk tempatan telah diberitahu “tidak untuk bernafas terlalu dalam di luar” kerana keaadaan sejuk yang melampau.
Sumber: TheIndependent
Ikuti kami di :