Lambung Bayi Untuk Raih Derma Tanggung Kos Melancong [Video]

Lambung Bayi Untuk Raih Derma Tanggung Kos Melancong

Hanya kerana mahu menagih simpati orang ramai, seorang lelaki pelancong asing tergamak melambung bayi dipercayai anaknya sendiri ketika mengemis. Kejadian dilaporkan berlaku di satu lokasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Malah, video perbuatan berbahaya pelancong itu berjaya dirakam salah seorang lelaki yang kemudian dikongsi dalam akaun Facebook miliknya, semalam.

Menerusi rakaman video berdurasi selama satu minit 26 saat itu, pelancong warga asing, berkulit putih, dilihat menghayun serta melambung seorang bayi yang dipegang di bahagian kaki beberapa kali.

Turut bersama lelaki itu, seorang lagi lelaki dan dua wanita yang sedang bermain muzik.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial mendapati kebanyakan netizen mengecam tindakan berkenaan dan meminta supaya pihak berkuasa memantau kumpulan pelancong berkenaan yang dilihat mengeksploitasi anak mereka sendiri bagi tujuan meraih simpati.

Video lambung anak untuk tagih derma :

Ikuti kami di :