Joram Van Klaveren Ahli Politik Belanda Anti-Islam Kini Muslim ; Siapa Sebenarnya Beliau?

Tokoh penting dalam mengadakan kempen anti-Islam yang juga bekas anggota parlimen Belanda Geert Wilders kini mengumumkan telah memeluk Islam.

Tindakan memeluk Islam amat mengejutkan rakan dan musuhnya.

Siapa Joram Van Klaveren ?

Joram Van Klaveren adalah ahli Parlimen bagi Freedom Party (PVV) dari 2010 hingga 2014, tetapi meninggalkan parti itu selepas Wilders dalam satu perhimpunan pada 2014 yang menyeru penyokong memusuhi warga Maghribi di Belanda.

Selepas meninggalkan PVV, Van Klaveren menubuhkan parti sendiri, For Netherlands, tetapi gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya pada 2017. Dia kemudian bersara daripada dunia politik.

Sebelum ini, Joram van Klaveren terkenal dengan melancarkan kempen anti-Islam di Dewan Perwakilan, Belanda, sebagai penggubal undang-undang yang mewakili Parti Kebebasan Wilders’.

Sepanjang kempen itu, beliau mendesak kerajaan supaya mengharamkan pemakaian burka dan pembinaan menara masjid serta berkata: “Kami tidak memerlukan Islam, walaupun sedikit di Belanda”.

Walaubagaimanapun segalanya berubah apabila beliau menukar agama ketika menulis buku anti-Islam.

“Jika segala yang saya tulis hingga ke tahap itu adalah benar, dan saya mempercayainya, pada hakikatnya saya adalah orang Islam,” Van Klaveren.

Ikuti kami di :