Malang Terperangkap 3 Hari Dalam Lif

Sewaktu kejadian berlaku, pemilik kediaman bernilai AS$20 juta (RM82 juta) itu, Warren Stephens dan isteri, Harriet dilaporkan tiada di rumah. Pasangan itu hanya menyedari Marites Fortaliza, 53, terperangkap di situ selepas pulang ke rumah townhouse mereka pada pukul 10 pagi, Isnin lalu.

Walaupun terperangkap selama 3 hari di dalam lif sebuah rumah agam bernilai AS$20 juta (RM82 juta), seorang pembantu di rumah Manhattan masih bernasib baik dan selamat.

Menyedari pembantu rumahnya terperangkap, pasangan jutawan tersebut kemudian terus menghubungi pasukan penyelamat.

Sekumpulan anggota Jabatan Bomba Bandar Raya New York dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada hari sama dan berjaya menyelamatkan pembantu berkenaan.

Selepas membuat pemeriksaan dan mendapati lif tersebut tersangkut di antara tingkat 2 dan 3 kediaman.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital selepas berada dalam keadaan lemah, dia bagaimanapun dilaporkan stabil.

 

Ikuti kami di :