Wanita Cedera Telefon Bimbit Meletup Ketika Cas [Video]

Tular di media sosial video seorang wanita cedera akibat dari telefon bimbit meletup.

Melihat dari video , wanita tersebut sedang menggunakan telefon dalam keadaan dimana telefon bimbit¬†sedang di’cas dan tiba-tiba telefonnya meletup.

Dikatan wanita tersebut mengalami kecederaan di pipi dan telingga. Menurut sumber dari laman facebook, kejadian dikatakan berlaku di Riau, Indonesia.

(Sila ke bawah : Video telefon bimbit meletup)


Jangan guna telefon bimbit semasa di’cas

Di Malaysia, Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihati pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas kerana ia mengundang bahaya termasuk berlakunya renjatan elektrik.

Menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas, lebih-lebih lagi dengan alat pengecas tidak tulen, boleh membahayakan pengguna ekoran renjatan yang terhasil daripada kebocoran elektrik pengecas tersebut.

Untuk menjamin keselematan, pengguna perlu memastikan mereka membeli alat pengecas tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon bimbit.

Video :

 

 

Ikuti kami di :