Dikikis Lelaki Pisau Cukur, Model Jutawan Kini Merempat

Dikikis Lelaki Pisau Cukur, Model Jutawan Kini Merempat

Kehidupan sebagai seorang model terkenal memang menjadi idaman bagi setiap wanita di barat. Apa tidaknya, menerima pendapatan sehingga jutaan dollar setahun serta dikelilingi dengan kemewahan sudah cukup membuatkan ramai bercita-cita untuk meceburi bidang serba glamor ini.

Namun disebalik kejayaan dan kegemilangan itu pasti akan ada pula yang tidak bernasib baik apabila terjerumus ke arah kegagalan dan kejatuhan.

Itu yang terjadi kepada bekas model jelita yang pernah meraih pendapatan jutaan ringgit setahun pada 1980-an kini hidup merempat di kaki lima di bandar raya Barcelona, Sepanyol.

Natasia Urbano pernah dilayan bak ratu ketika kemuncak kejayaannya. Foto El Pais

Nastasia Urbano, 57, ketika kemuncak kerjayanya pernah menghiasi muka depan majalah Vogue, sering menjadi model utama pertunjukan promosi fesyen bersama supermodel lain, termasuk Linda Evangelista, malah pernah menjadi model pewangi keluaran Yves Saint Lauren, Opium.

Wanita itu yang memulakan kerjaya sebagai model ketika berusia 20 tahun digelar ‘ratu’ oleh rakan model lain kerana pencapaian tingginya dalam industri fesyen.

Semuanya berubah apabila berkahwin dengan lelaki pisau cukur

Segala pencapaianya tidak kekal lama. Saat kejatuhannya bermula selepas berkahwin dengan lelaki pisau cukur yang mengikis semua hartanya menyebabkan dia kini tinggal sehelai sepinggang.

Nastasia kini hidup sebagai gelandangan. Kadang-kala, dia tidur di lobi bank di Sepanyol selepas bekas suami itu mengambil semua wangnya.

View this post on Instagram

Today how I look, 57 years 🤗

A post shared by Nastasia Urbano (@nurbano518) on

“Satu-satunya perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup sepanjang perkahwinan saya ialah dikurniakan tiga orang anak. Suami menghabiskan semua wang saya.

“Dalam tempoh dua hari kami berkenalan, dia sudah meminta saya membelikannya kereta BMW. Saya hanya seperti orang bodoh apabila terus memberi cek kepadanya kerana mabuk cinta,” katanya.

Kehidupannya semakin teruk apabila mengalami masalah kemurungan dan banyak kali dihalau keluar dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa dan kini dia menumpang di rumah rakan yang bersimpati jika berpeluang dan jika tidak, gelandangan di kaki lima bank.

Urbano pernah menjadi model untuk jenama terkenal seperti Revlon dan Yves Saint Laurent, serta penghias muka depan majalah Vogue pada tahun 1981.

Sumber: FoxNews

 

Ikuti kami di :